CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, May 31, 2009

Hajah Halimah Class (1 Jun 09)

Aktiviti 1

Beberapa buah kumpulan telah dipilih untuk membentangkan hasil proposal mereka. Kumpulan kami adalah antara kumpulan yang telah dipanggil untuk membentangkan hasil proposal kami. Antara intipati pembentangan kumpulan kami adalah:

  • Pelajar menghadapi masalah untuk menjawab soalan esei biologi kerana tidak menggunakan 'keyterms' yang tepat. Ini menyebabkan guru tidak dapat memberi markah penuh walaupun apa yang ditulis/dimaksudkan oleh pelajar itu betul. Namun, markah tidak dapat diberi kerana tidak mengikut kehendak skema pemarkahan.
  • Contohnya yang biasa pelajar tulis adalah "water molecules ENTER the cell wall from higher concentration to the lower concentration". Ini adalah salah walaupun maksud sebenar adalah sama dengan jawapan. Jawapan yang betul menggunakan keyterm adalah "water molecules DIFFUSE through cell wall from higher concentration to the lower concentration"
  • Maka, sebagai guru kami ingin menolong pelajar supaya dapat "tackle" soalan dengan menjawab esei secara betul iaitu MENGGUNAKAN KEYTERMS.
  • Apa yang perlu dibuat oleh pelajar ialah MEREKACIPTA SEBUAH LAGU MENGGUNAKAN KEYTERMS agar ia senang dihafal dan diaplikasikan oleh pelajar semasa menjawab soalan esei.
  • Kami akan menggunakan pre-test dan post-test untuk membandingkan jawapan dan adakah pelajar dapat mengaplikasikan penggunaan keyterms dalam esei mereka selepas penghasilan lagu.
Aktiviti 2
Kami dikehendaki menulis pandangan kami/luahan hati mengenai Kajian Tindakan secara keseluruhannya di atas sekeping kertas dan menghantarnya sebelum tamat kelas. Antara yang ditulis adalah:

  • Sebelum ini saya hanya berpendapat research hanya melibatkan saintifik research atau eksperimental research sahaja dan secara jujurnya tidak pernah mengetahui tentang action research, malah tidak pernah mendengarnya sebelum ini.
  • Selepas memasuki kelas, saya masih tidak faham kenapa action research memerlukan cycle yang banyak dan berulang-ulang? Tidak cukupkah hanya 1 cycle sahaja? Rupa-rupanya matlamat utama action research adalah untuk mencari penambahbaikan untuk berubah kepada perkara yang lebih baik dan mencari method yang paling sesuai agar objektif awal dapat dicapai. Ini amat-amat berbeza dengan eksperimental research.
TUGASAN SETERUSNYA......
"Detail"kan lagi proposal terutamanya bahagian perlaksanaan,cara pengumpulan data dan cara untuk menganalisis data.

0 comments: