CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, June 19, 2009

PROJEK MINI KAJIAN TINDAKAN

  1. Lakukan kajian tindakan kolaboratif dalam kelas pengajaran mikro dan makro.
  2. Projek perlu dilaksanakan secara berkumpulan 3-5 orang berdasarkan major (Bio/PI)
  3. Buat laporandalam bentuk artikel jurnal/artikel kertas seminar yang mengandungi:
  • abstrak
  • pengenalan & kajian kepustakaan
  • metodologi
  • pengumpulan data, analisis data dan dapatan kajian
  • perbincangan
  • rumusan
  • rujukan
Pembentangan perlu dilaksanakan pada 29 Jun & 6 Julai 2009.

Tuesday, June 9, 2009

Analisis Data: Kelas Pn. Sakinah (9 Jun 09)

Analisis Data

  • Analisis data ialah proses menggunakan data untuk memberikan maklumat berguna untuk cadangkan kesimpulan dan menyokong keputusan. Pastikan ada sekurang-kurangnya 3 atau lebih jenis data untuk dianalisis.
  • Data kualitatif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis.
  • Cari pola dan kategori, persamaan, terangkan trend & pertanyaan, katalogkan pemerhatian, bilang & bandingkan, dan buat anggaran.
Langkah Analisis Data Kualitatif
Langkah pertama:
- tgk secara lalu maklumbalas
- ambil nota asas tema yang muncul, isu atau faktor yang kamu dengar.
- cari item yang berulang atau penting

Langkah kedua:
- pilih 3 @ 4 tema yang muncul dan bina matriks
- cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama
- tempatkan tema kategori di atas dan senaraikan pelajar ditepinya
- kamu mungkin guna warna kod untuk setiap kategori yang berlainan

Langkah ketiga:
- jika boleh, bincang tinjauandgn pendidik lain
- baca tinjauan (soal selidik), highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema yang telah dikenalpasti
- seterusnya rekodkan dapatan dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang dibina.

Langkah keempat:
- Tanya (apa yang telah saya dapat)
- rekod pemerhatian pola yang muncul semasa kamu lihat matriks
-pola konsep
-pola sikap
- rekod pemerhatian bawah matriks
- sokongan bacaan jurnal

Langkah kelima:
- apa kesimpulan yang boleh kita buat
- rekod kesimpulan samada bawah matriks atau atas kertas yang berlainan.

Langkah keenam:
- Apa langkah seterusnya yang boleh dibuat?
- Tinjauan (soal selidik lain/ temubual/ penilaian)
- Semak semua persoalan kajian
- Bina modul/aktiviti
- Jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks
- Apakah maklumat yang masih diperlukan?
- atas pelajar
- atas kaedah
- maklumat latar belakang untuk tajuk ini

Kegunaan Data Dalam "PLAN- DO- STUDY- ACT- CYCLE"
Plan:
- nilai dan ringkaskan semua data yang kita ada
- analisis dan kenalpasti tema utama
- kenalpasti sumber data yang akan memberikan ukuran progress penambahbaikan

Do:
- kumpul data
- buat kajian rintis untuk memastikan strategi pengukuran dipenuhi

Study:
- analisis data yang telah dikumpulkan dan buat kesimpulan

Act:
- kenalpasti soalan tambahan
- rancang untuk penambahbaikan berterusan
- mengumpulkan data dan analisis data merupakan proses berterusan dalam penyelidikan tindakan

Sunday, June 7, 2009

Hajah Halimah Class (8 Jun 09)

Aktiviti 1

Pembentangan proposal diteruskan....

a) Ketua: Aznida
Tajuk proposal: Meningkatkan pembacaan Tilawah Al-Quran menggunakan tutor rakan sebaya

b) Ketua: Faizah
Tajuk: Meningkatkan penggunaan kata nama Bahasa Arab menggunakan lagu

c) Ketua: Bahariah
Tajuk: Meningkatkan minat pelajar-pelajar dalam subjek Geografi di kalangan pelajar Tingkatan 3 menggunakan EksploGeo

d) Ketua: Anis Firdaus
Tajuk: Meningkatkan penglibatan pelajar perempuan dalam aktiviti Kadet Polis

e) Ketua: Ummi Salmah
Tajuk: Meningkatkan penglibatan dalam aktiviti pembelajaran Sains "Interdependence Among Living Organisms" menggunakan ABM 'Dam Ular'

f) Ketua: Azizi
Tajuk: Meningkatkan Pencapaian Kesusasteraan BM menggunakan kaedah "Think Pair Share"

g) Ketua: Aini
Tajuk: Meningkatkan perbendaharaan kata BI menggunakan 'role play'

Aktiviti 2
KUIZ

  1. Senaraikan perbezaan antara Kajian Tindakan dan Kajian Eksperimental
  2. Senaraikan persoalan kajian (research question) berdasarkan proposal kajian anda.
  3. Apakah baseline data?
TUGASAN:
Hantar proposal baru yang lengkap seperti di bawah pada hari Isnin 15/6/09:

Bab 1 : Rasional kajian, tujuan, objektif, persoalan kajian

Bab 2: Literature

Bab 3: Prosedur kajian secara terperinci, rancangan harian mengajar, contoh ABM, langkah-langkah kajian yang dijalankan

Bab 4: Pengumpulan data