CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, June 9, 2009

Analisis Data: Kelas Pn. Sakinah (9 Jun 09)

Analisis Data

  • Analisis data ialah proses menggunakan data untuk memberikan maklumat berguna untuk cadangkan kesimpulan dan menyokong keputusan. Pastikan ada sekurang-kurangnya 3 atau lebih jenis data untuk dianalisis.
  • Data kualitatif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis.
  • Cari pola dan kategori, persamaan, terangkan trend & pertanyaan, katalogkan pemerhatian, bilang & bandingkan, dan buat anggaran.
Langkah Analisis Data Kualitatif
Langkah pertama:
- tgk secara lalu maklumbalas
- ambil nota asas tema yang muncul, isu atau faktor yang kamu dengar.
- cari item yang berulang atau penting

Langkah kedua:
- pilih 3 @ 4 tema yang muncul dan bina matriks
- cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama
- tempatkan tema kategori di atas dan senaraikan pelajar ditepinya
- kamu mungkin guna warna kod untuk setiap kategori yang berlainan

Langkah ketiga:
- jika boleh, bincang tinjauandgn pendidik lain
- baca tinjauan (soal selidik), highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema yang telah dikenalpasti
- seterusnya rekodkan dapatan dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang dibina.

Langkah keempat:
- Tanya (apa yang telah saya dapat)
- rekod pemerhatian pola yang muncul semasa kamu lihat matriks
-pola konsep
-pola sikap
- rekod pemerhatian bawah matriks
- sokongan bacaan jurnal

Langkah kelima:
- apa kesimpulan yang boleh kita buat
- rekod kesimpulan samada bawah matriks atau atas kertas yang berlainan.

Langkah keenam:
- Apa langkah seterusnya yang boleh dibuat?
- Tinjauan (soal selidik lain/ temubual/ penilaian)
- Semak semua persoalan kajian
- Bina modul/aktiviti
- Jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks
- Apakah maklumat yang masih diperlukan?
- atas pelajar
- atas kaedah
- maklumat latar belakang untuk tajuk ini

Kegunaan Data Dalam "PLAN- DO- STUDY- ACT- CYCLE"
Plan:
- nilai dan ringkaskan semua data yang kita ada
- analisis dan kenalpasti tema utama
- kenalpasti sumber data yang akan memberikan ukuran progress penambahbaikan

Do:
- kumpul data
- buat kajian rintis untuk memastikan strategi pengukuran dipenuhi

Study:
- analisis data yang telah dikumpulkan dan buat kesimpulan

Act:
- kenalpasti soalan tambahan
- rancang untuk penambahbaikan berterusan
- mengumpulkan data dan analisis data merupakan proses berterusan dalam penyelidikan tindakan

0 comments: