CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, April 26, 2009

Tugasan 2: Refleksi dalam P&P

Aktiviti 2

  • Refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam Pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk:
Tajuk yang dipilih adalah Reproduction (Biology)

Antara masalah-masalah yang timbul adalah:
- Melalui pengalaman dahulu, guru yang mengajar adalah wanita dan kerapkali berasa malu untuk mengajar topik ini kerana takut disalah anggap atau lucah. Guru selalu 'skip' sesetengah topik yang dianggap tidak penting atau susah untuk diajar. Kadangkala, guru hanya mengarahkan pelajar untuk baca sendiri. Akibatnya, pelajar tidak tahu apa yang dipelajari dan terpinga-pinga.

- Guru mempunyai masalah untuk menyampaikan sesuatu isi pengajaran dalam Bahasa Inggeris dan kadangkala 'pronounce' dengan salah.

-Tajuk ini agak sukar, maka guru pelu mempunyai pengetahuan tambahan dan perlu bersedia dari segala aspek untuk mengajarnya kepada pelajar. Masalahnya, kadangkala guru tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dan tidak bersedia untuk menjawab soalan-soalan sukar daripada pelajar.


Strategi/Kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut:
  • Terangkan objektif sebenar pengajaran kita, tekankan kepada murid-murid apa kegunaannnya mempelajari topik ini agar niat pelajar untuk mempelajarinya adalah sebagai salah satu ilmu yang wajib diketahui
  • Bawa model sistem reproduktif wanita dan lelaki sebagai BBM yang dapat membantu pengajaran guru.
  • Terangkan setiap bab dengan menggunakan carta atau rajah. Gunakan video jika perlu.
  • Banyakkan interaksi antara pelajar dan guru untuk menguji kefahaman mereka dan memastikan mereka tidak terpesong dari isi pengajaran yang sebenar.
  • Galakkan perbincangan "think-pair-share" antara pelajar lelaki dan perempuan untuk bertukar-tukar pendapat dan idea.
  • Guru perlu membuat persiapan terlebih dahulu dengan memastikan isi pengajaran yang betul, tiada kesalahan fakta dan bersedia untuk mengajarnya dalam Bahasa Inggeris. Guru boleh bertindak merakam suara sendiri ketika cubaan mengajar dan kemudian mendengar kembali bagi mengenalpasti kelemahan yang boleh dibaiki.

Refleksi Diri Sendiri selepas BIG 2

1. Penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri sendiri (masalah major):

  • Sikap suka merungut
Saya selalu merungut apabila diberikan tugasan atau apa-apa sahaja yang dirasakan sukar untuk dilaksanakan walaupun belum mencubanya lagi. Jadi, selepas program BIG 2 saya belajar untuk mengurangkan rungutan atau perasaan tidak puas hati saya terhadap sesuatu perkara. Contohnya ketika aktiviti Jungle Trekking, saya merungut di dalam hati disebabkan trek yang jauh, mencabar, berbukit-bukau dan bergelumang dengan pacat. Namun saya diamkan dan teruskan juga walaupun kepenatan kerana melihat rakan-rakan lain yang 'excited' untuk meneruskan cabaran trek. Selepas selesai misi ke puncak, saya dapati sebenarnya saya boleh melakukannya tanpa sebarang masalah, malah berasa bangga kerana berjaya tanpa perlukan pertolongan orang lain dan sampai dengan selamat. Oleh itu, segala rungutan sebelum ini hanyalah satu perasaan malas mencuba sebenarnya dan saya dapati ia adalah satu 'lesson' yang baik untuk saya.

2. Matlamat dan Objektif Pelan Tindakan untuk Manambahbaik:
  • Cuba dahulu sesuatu perkara tanpa sebarang rungutan
  • Memang setiap perkara dalam hidup ini ada cabarannya, tapi setiap cabaran itu sebenarnya adalah perkara yang paling baik dan kadangkala ada hikmah yang tersembunyi
  • Terima setiap tugasan tanpa banyak 'complaint' dan berusaha untuk melakukannya dahulu sebelum merungut. Mungkin hasilnya lebih baik dari sangkaan
3. Pelan Tindakan
  • Langkah-langkah yang perlu diambil
Selepas ini, saya akan menerima setiap tugasan dengan hati yang terbuka tanpa sebarang rungutan. Maka, untuk mengelakkan sebarang masalah rungutan, saya akan menyediakan satu jadual tugasan untuk diri saya sendiri dan menyediakan 'reward' jika saya berjaya melakukannya.

  • Bagaimana mengumpul data?
Saya akan menyenaraikan semua tugasan/assignments bagi setiap subjek dan tulis dengan terang dateline bagi setiap tugasan. Bagi tugasan yang dapat disiapkan dengan lebih awal tanpa sebarang masalah, saya akan memberi ganjaran yang lebih besar kepada diri saya sendiri. Daripada jadual ini, saya dapat memastikan apakah tugasan saya dan bilakah saya dapat menyiapkannya. Maka, tiada rungutan yang akan timbul jika terdapat tugasan tambahan di masa hadapan.
  • Bagaimana memantau
Saya akan memantau perancangan saya ini dengan bertanyakan pendapat kawan-kawan dan membandingkannya dengan pencapaian kawan-kawan yang lain. Saya juga akan meminta kawan-kawan untuk "alert"kan saya jika mereka terdengar sebarang rungutan dari mulut saya. Peranan dari kawan-kawan yang sentiasa memerhati dan memberi nasihat dapat mengurangkan rungutan.

  • Bagaimana menilai
Saya dapat menilai jika saya berjaya melaksanakannya apabila dapat menghantar setiap tugasan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang rungutan, hasil tugasan adalah cemerlang dan berkemungkinan lebih baik dari orang lain.

Saturday, April 25, 2009

Contoh...

Contoh:
Bagaimanakah caranya untuk saya menggalakkan para pelajar saya supaya berani berucap di hadapan kelas dalam Bahasa Inggeris untuk subjek Biology dan EST?

Circle 1:
Saya membenarkan para pelajar untuk berucap (public speaking) secara berkumpulan atau 'partner' bagi mengurangkan rasa gemuruh mereka.

Circle 2:
Saya akan menutup mata pelajar saya yang sedang berucap di hadapan kelas agar mereka tidak nampak kawan-kawan yang sedang memerhati (seolah-olah sedang bercakap seorang diri di dalam bilik yang kosong). Ini dapat melatih meningkatkan kepercayaan kepada diri sendiri dan self esteem.

Circle 3:
Pelajar akan berucap di hadapan kelas tanpa rasa segan silu atau nervous. Kawan-kawan sekelas perlu memberi perhatian dan akan dikenakan hukuman jika mentertawakan kawan yang sedang berucap.

Konsep KT

Konsep Kajian Tindakan:

1) rancang (planning)
2) tindakan (action)
3) pemerhatian (monitoring)
4) refleksi

Jenis-Jenis Kajian Tindakan

Jenis-jenis kajian tindakan:
1. individu
2. kolaboratif
i) guru-guru dalam bidang yang sama
ii) guru-guru dalam pelbagai subjek
iii) guru-guru dengan pihak luar spt pensyarah universiti

3. sekolah
4. daerah

Action research by Jean McNiff

Action research is a name given to a particular way of researching your own learning. It is a practical way of looking at your practice in order to check whether it is as you feel it should be. If you feel that your practice is satisfactory you will be able to explain how and why you believe this is the case; you will be able to produce evidence to support your claims. If you feel that your practice needs attention in some way you will be able to take action to IMPROVE it, and then produce evidence to show in what way the practice has improved.

Thursday, April 23, 2009

Action Research Books




Book 1
Title: Action Research: Principles and Practice
Authors: Jean McNiff & Jack Whitehead
Year of Publication: 2002
Published by University Press, Cambridge (UK)

Book 2
Title: Collaborative Action Research for English Language Teachers
Author: Anne Burns
Year Of Publication: 1999
Published by University Press, Cambridge (UK)