Aktiviti 2
- Refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam Pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk:
Antara masalah-masalah yang timbul adalah:
- Melalui pengalaman dahulu, guru yang mengajar adalah wanita dan kerapkali berasa malu untuk mengajar topik ini kerana takut disalah anggap atau lucah. Guru selalu 'skip' sesetengah topik yang dianggap tidak penting atau susah untuk diajar. Kadangkala, guru hanya mengarahkan pelajar untuk baca sendiri. Akibatnya, pelajar tidak tahu apa yang dipelajari dan terpinga-pinga.
- Guru mempunyai masalah untuk menyampaikan sesuatu isi pengajaran dalam Bahasa Inggeris dan kadangkala 'pronounce' dengan salah.
-Tajuk ini agak sukar, maka guru pelu mempunyai pengetahuan tambahan dan perlu bersedia dari segala aspek untuk mengajarnya kepada pelajar. Masalahnya, kadangkala guru tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dan tidak bersedia untuk menjawab soalan-soalan sukar daripada pelajar.
Strategi/Kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut:
- Terangkan objektif sebenar pengajaran kita, tekankan kepada murid-murid apa kegunaannnya mempelajari topik ini agar niat pelajar untuk mempelajarinya adalah sebagai salah satu ilmu yang wajib diketahui
- Bawa model sistem reproduktif wanita dan lelaki sebagai BBM yang dapat membantu pengajaran guru.
- Terangkan setiap bab dengan menggunakan carta atau rajah. Gunakan video jika perlu.
- Banyakkan interaksi antara pelajar dan guru untuk menguji kefahaman mereka dan memastikan mereka tidak terpesong dari isi pengajaran yang sebenar.
- Galakkan perbincangan "think-pair-share" antara pelajar lelaki dan perempuan untuk bertukar-tukar pendapat dan idea.
- Guru perlu membuat persiapan terlebih dahulu dengan memastikan isi pengajaran yang betul, tiada kesalahan fakta dan bersedia untuk mengajarnya dalam Bahasa Inggeris. Guru boleh bertindak merakam suara sendiri ketika cubaan mengajar dan kemudian mendengar kembali bagi mengenalpasti kelemahan yang boleh dibaiki.
0 comments:
Post a Comment