1. Penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri sendiri (masalah major):
Saya selalu merungut apabila diberikan tugasan atau apa-apa sahaja yang dirasakan sukar untuk dilaksanakan walaupun belum mencubanya lagi. Jadi, selepas program BIG 2 saya belajar untuk mengurangkan rungutan atau perasaan tidak puas hati saya terhadap sesuatu perkara. Contohnya ketika aktiviti Jungle Trekking, saya merungut di dalam hati disebabkan trek yang jauh, mencabar, berbukit-bukau dan bergelumang dengan pacat. Namun saya diamkan dan teruskan juga walaupun kepenatan kerana melihat rakan-rakan lain yang 'excited' untuk meneruskan cabaran trek. Selepas selesai misi ke puncak, saya dapati sebenarnya saya boleh melakukannya tanpa sebarang masalah, malah berasa bangga kerana berjaya tanpa perlukan pertolongan orang lain dan sampai dengan selamat. Oleh itu, segala rungutan sebelum ini hanyalah satu perasaan malas mencuba sebenarnya dan saya dapati ia adalah satu 'lesson' yang baik untuk saya.
2. Matlamat dan Objektif Pelan Tindakan untuk Manambahbaik:
- Cuba dahulu sesuatu perkara tanpa sebarang rungutan
- Memang setiap perkara dalam hidup ini ada cabarannya, tapi setiap cabaran itu sebenarnya adalah perkara yang paling baik dan kadangkala ada hikmah yang tersembunyi
- Terima setiap tugasan tanpa banyak 'complaint' dan berusaha untuk melakukannya dahulu sebelum merungut. Mungkin hasilnya lebih baik dari sangkaan
3. Pelan Tindakan
- Langkah-langkah yang perlu diambil
Selepas ini, saya akan menerima setiap tugasan dengan hati yang terbuka tanpa sebarang rungutan. Maka, untuk mengelakkan sebarang masalah rungutan, saya akan menyediakan satu jadual tugasan untuk diri saya sendiri dan menyediakan 'reward' jika saya berjaya melakukannya.
- Bagaimana mengumpul data?
Saya akan menyenaraikan semua tugasan/assignments bagi setiap subjek dan tulis dengan terang dateline bagi setiap tugasan. Bagi tugasan yang dapat disiapkan dengan lebih awal tanpa sebarang masalah, saya akan memberi ganjaran yang lebih besar kepada diri saya sendiri. Daripada jadual ini, saya dapat memastikan apakah tugasan saya dan bilakah saya dapat menyiapkannya. Maka, tiada rungutan yang akan timbul jika terdapat tugasan tambahan di masa hadapan.
Saya akan memantau perancangan saya ini dengan bertanyakan pendapat kawan-kawan dan membandingkannya dengan pencapaian kawan-kawan yang lain. Saya juga akan meminta kawan-kawan untuk "alert"kan saya jika mereka terdengar sebarang rungutan dari mulut saya. Peranan dari kawan-kawan yang sentiasa memerhati dan memberi nasihat dapat mengurangkan rungutan.
Saya dapat menilai jika saya berjaya melaksanakannya apabila dapat menghantar setiap tugasan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang rungutan, hasil tugasan adalah cemerlang dan berkemungkinan lebih baik dari orang lain.
0 comments:
Post a Comment