CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, May 12, 2009

4th Week Lecture (11/5/09)

1. KAJIAN KEPUSTAKAAN
- sorotan ke atas bahan-bahan literatur spt buku, jurnal, artikel, seminar dan laporan
-dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin yang dikemukakan

2. MEMBANDING DAN MEMBEZAKAN
-cari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria spt ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek.
-kemahiran ini digunakan apabila:

  • terdapat 2 atau lebih ciri/kemungkinan
  • membuat pilihan/keputusan
3. LANGKAH PENGGUNAAN
-perhatikan dan berikan tumpuan kepada 1 atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, seting, prosedur dsb.)
-kenalpasti ciri kajian tindakan itu

4. MENGANALISIS
-mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa
-digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.

5. MENILAI
-membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti yang sah
-digunakan untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu dan menerima atau menolak sesuatu idea.

6. MEMBUAT KESIMPULAN
-membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis @ mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
- kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan.

7. MENSINTESIS
-menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.

0 comments: